Wednesday, 5 August 2015

Program Melestarikan Bahasa Sukuan dan dialek daerah

Sudah berbulan2 berlalu program ini , so hari ini saya berkesempatan untuk mengUPDATE ceritanya. Kepulangan sy dari program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) yang bertempat di Kampung Pendiat Bota Kanan , Perak sedikit sebanyak meningkatakan Populariti aku di Media Massa . ( Cewahhhh !!!! Celaka engkau ) hahahaha . . nak taw ?? sabar la . . teruskan membaca cerita ni . .

Pada suatu Hari , saya dikejutkan dengan deringan Handfone dikala aku sedang lena tido , aku bangun lalu mencapai Hp dan menjawab dalam keadaan yang mamai . Baru aku sedari Pensyarah Bahasa Iban sy menelefon dgn menyatakan saya mengikuti program anjuran UNESCO iaitu difahami ini program luar negara . Tersedar aku mendengar nama luar negara terus fikiran aku melayang2 ke USA , KOREA dan seagkatan dengannya . .  haha mata yang separuh masak terus terbuka dengan luasnya , Really ??? hahah ( budak sengal yg terlebih excited ) .  . okey2 dipendekan cerita , semua berita yang Mengejutkan ini sy simpan dan ada jgk la sy ceritakan kpd kwn2 . tapi semuanya pandai menyimpan rahsia ( ok bonus utk korang ! )

Sehinggalah pada suatu hari , saya dimaklumkan bahawa perserta bagi program UNESCO akan mengesahkan penyertaan program yang berlangsung di Perak sahaja . .  huhux3 masa tu saya rasa nk tergelak dan kawan2 ckp " Untunglah p luar negara ! " *dgn nada yg membuatkan aku nk bagi penyepak  . . Haha nasib baik sy tidak terlebih excited , so ada la malu sikit2 sbb da terlanjur menceritakan kpd kwn2 tapi mrka faham kok . . tp saja ja nk usik2 manja . . kbai . .  haha

Satu minggu sebelum bertolak , aku mengharapkan ada kawan yg ikut ttp mrka Ompuan semuanya , sy sorang je lelaki sehinggalah pada hari kami bertolak p sana tiada satu orang lelaki yg aku nampak hanya aku sorang je , Nasib baik tiada kes Rogol berlaku ahhaahah ( Melampau ) , tapi still mengharap kan Miracles moga2 peserta Universiti lain ada lelaki , tapi tenyata tiada . Sungguh hampa dan tidak terkata . hahah So aku perlu bersedia dengan apa2 permintaan kerana percentge untuk aku dipanggil ke hadapan adalah 99% hahahahah!

Turunnya kami dari Bas , disambut dengan meriah ala2 ada perkahwinan dan diirigi dengan bunyi kompang dan juga bunga2 yg org Melayu sllu bawa masa perkahwinan . Dan lebih mengerunkan ada TV9 dan perakam vid2 di mana2 sahaja , seolah2 artis undangan atau ahli politik yg dtg untuk menaburkan janji2 manis menghiris kalbu dan menanam Strawberry di bibir  orang lain . Chegitooo ! okeh malas nak libatkan politik dalam Cerita ini memandangkan 2.6 billion dah didermakan kpd org yg memerlukan . .




Dipendekkan cerita  . . 
kami dibahagikan kepada 4 orang dalam satu keluarga angkat di kampung tersebut , dan saya toada pilihan lain bersama dengan urusetia DBP . Memang sangat2 segan lagipun sy memang sorang pemalu dan sukar untuk memulakan perbualan dengan orang yang baru saya kenal. hahah Ibu angkat kami memperkenalkan diri sebagai Bonda , dia seorang guru pesara dan sudah kematian suami . Bonda tinggal sorang2 kat umh tp kadang2 anak dia balik jenguk dia kat sana katannya . Dia merupakan sorang pengusaha kuih tradisional iaitu Kuih bahulu , dan kilangnya terletak di depan rumahnya yang berdekatan dengan jalan raya bagi memudahkan urusan jual beli daripada kedai2 dan juga siapa2 sahaja yang berminatlah . .  Dan yang paling best masakan bonda ialah Ikan Patin Masak Tempoyak . . sedappp sehingga menjilat kuku kaki . . serius mmg sedap . .  

Rumah Bonda 

Kilang kuih Bonda

Inilah Bonda dia kecik ja orang nya 

Sepanjang program ini , kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bergerak ke setiap kampung untuk mendapatkan dialek perak dan mencari maksudnya sendiri untuk dibukukan dalam kamus . So kumpulan kami pergi ke rumah penduduk kampung untuk membuat bubur lambok , so pada masa dia tunjukkan cara2 masak bubur lambok kami akan bertanya maksud perkataan yang dia sampaikan .  Program ini santai2 sahaja dan tidak memerlukan untuk kami berlari berhalangan dan terpaksa mandi lumpur ala2 askar gitu .  hahaha . Program ini memang bagus dan perlu diteruskan supaya dialek2 atau bahasa sukuan tidak ditelan dek arus permodenan . . huhu 




ni lah Ompuan kawan2 saya , muka fokus 

Sebelum tu , sy nk kongsikan benda yang membuatkan sy fames , hahahahahx3 jeng jeng ! 


hahah! Kawan yg post kt Fb dan semua org tengok dan komen entah apa benda , Artis baru nak up katanya . tp sedihnya sy xdpt tengok sendiri tv9 menyiarkan berita pada masa kejadian . . xpe la , gambar ni boleh dijadikan kenang kenangan. Mula2 saya ingatkan kawan2 kat UPSI je tau , paduhal mak & Ayah kt umh tau gak sbb ada yg bgtau sy masok tv9 . .  ok fine ko ingat TV9 orang x mampu milik kerrr ??? hahah . . *Maaf saya bukan nk berlagak tp gurau jeee . .  xkuasa nk belagak2 setakat masok tV xder apa2 ponnnn. . . 

Moga2 korang yg baca Blog saya tiada sebarang kata2 jampi dan sumpah seranah memaki hamun penulisan gue .  hahah . .  hanya untuk dibaca bukan untuk dicaci . .  hahah 




No comments:

Post a Comment